Monday, October 6, 2008

Cerita2 Raya

Meriahnya raya taun ni.. just because hb dpt cuti lama coz he's in the process of changing work place, so dpt balik kg lama2 sket.. 2 days before raya balik JB, ptg tu sempat pegi pasar ramadhan Kg Melayu beli mee rebus, murtabak, air kathira and kuih talam.

Ptg first day raya sempat pegi ke Jusco Tebrau beli 3 psg baju baby and hb beli 3 baju keja.. boleh kira berapa kerat je muka2 melayu yg ada kat situ, yg lain mostly chinese.. yelah, org dok sibuk beraya, aku & family sibuk bershopping hehehe..

2nd day raya balik semula ke Muo.. selepas sesi fotografi spt biasa, sesi melawat sedara mara pulak.. pegi rumah arwah Wak Salim, then rumah Wak Dah/Wak Latip, rumah Wak Juli, Wak Par and last sekali rumah arwah Atuk Simpang, semuanya sedara mara belah Abah.

3rd day raya Abg Man called kata Abah JB nak g beraya ke Chaah, rumah Pak Ngah hb.. so siap2 ke Chaah jumpa Abg Man & Abah JB kat situ, after that ikut diaorg ke rumah Mak Usu kat Kluang pulak. Ingatkan on the way balik nak singgah Ayer Hitam beli kerepek tapi tak jadi coz hujan.. kalo takde baby boleh jugak nak redah.. takut baby demam lak kena hujan..

4th day raya round Muo lak.. bermula dr rumah terbuka MB Johor (isi perut dulu hehehe).. punya lah payah nak parking.. on the way nak beredar dr situ lak kena lalu 1 jambatan yg sgt curam sampai semua org kena turun coz keta jejak.. kat situ makan nasi beriani, mee rebus, duku and air sirap bandung.. kenyang la perut.. baby Faris dpt duit raya RM2 kat rumah MB.

Dah kenyang pegi lak ke rumah Cik Irah dekat ngan stadium then ke rumah UG/Ayu kat Jln Salleh, tinggalkan mak & abah kat situ pegi pulak rumah Cikgu/Akak CT kat Jln Junid.. sebenonya aku tak tau pun Jln Junid kat mana.. lepas Fadil bgtau baru konfiden nak pegi.. jumpa gak rumah Cikgu CT yg selama ni jumpa kat alam cyber je.. pas tu gi pulak rumah Atuk Ri'eq. Last sekali pegi rumah Atuk Kiah kat Tangkak.. seharian beraya. Mlm buat kek prune.. kali ni mcm kering sikit, tak moist, mungkin salah set oven.

5th day tunggu Fadil balik keja, then 4 pm lebih pegi beraya ke rumah Cik Nor kat Pt Jarum, then ke rumah parents Fadil kat Sg Baru. Kenyang makan mee bandung kat situ pegi pulak rumah Cik Ana kat Sagil.. kat situ dah tak boleh nak makan coz perut dah tak sedap + dah kenyang giler rasanya.. lepas maghrib baru balik ke rumah. Mlm tu cirit birit + muntah sampai keluar air pahit.. lembik giler rasa.. ni kes makan mcm2 la raya kali nih..

6th day buat cornflakes madu coz kuih raya rumah mak dah nak habis.. kawan2 adik ramai beno dtg.. kul 2 lebih tadi bertolak balik ke Puchong..